Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Pustaka (DBP), Prof Datuk Seri Awang Sariyan berkata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melonjakkan lagi kedudukan bahasa Melayu di persada dunia.<br /><br />Ia selepas komitmen ditunjukkan Perdana Menteri yang berucap dalam bahasa Melayu buat pertama kali di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 dekat New York, baru-baru ini.